Sunday, May 14, 2006

Selamat Hari Guru

Saya ucapkan selamat hari guru kepada semua insan yang bergelar guru. Terima kasih buat guru-guruku yang telah mengajar dan mendidikku dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Tidak lupakan ku ucapkan Selamat Hari Guru buat rakan-rakan yang mengenaliku

Thursday, May 11, 2006

Lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia,
Berikrar dan berjanji,
Mendidik dan memimpin,
Putera-puteri negara kita.

Pada Seri Paduka,
Kami tumpahkan setia,
Rukunegara kita,
Panduan hidup kami semua.

Di bidang pembangunan,
Kami tetap bersama,
Membantu membina,
Negara yang tercinta,
Amanah yang diberi,
Kami tak pesiakan,
Apa yang kami janji,
Tunai, tetap kami tunaikan.

Lagu ini dapat didengar di sini.
Lagu dan Senikata : HASHIM AHMAD

Ikrar Guru Malaysia

IKRAR GURU
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukunegara
Pada setiap masa